MENU

Lesen Anjing

Bahagian Pelesenan MBAS juga mengeluarkan lesen anjing kepada pemilik anjing. Borang bagi permohonan lesen anjing boleh diperolehi di Kaunter Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Alor Setar secara percuma.

Pemilik anjing perlu mendapatkan suntikan untuk anjing di Jabatan Veterinar terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat. Semua jenis anjing yang dipelihara perlu dilesenkan. Anjing yang tidak mempunyai lesen dan berkeliaran di luar dianggap sebagai anjing liar. Kadar harga lesen bagi seekor anjing adalah RM20.00.

Syarat bagi permohonan lesen anjing:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Gambar anjing
  • Gambar kediaman
  • Kelulusan daripada veterinar