MENU

Permit Sementara (Kerusi / Meja)

Selain daripada lesen perniagaan, Bahagian Pelesenan MBAS juga mengeluarkan permit sementara kerusi / meja. Permit ini dikenakan kepada peniaga kedai makan atau restoran yang meletakkan kerusi / meja di luar premis.

Syarat-Syarat Permit Sementara Meletak Meja Dan Kerusi Di Luar Premis Restoran / Kedai Makanan Dan Minuman

BIL

PERKARA

SYARAT-SYARAT

1.

LOKASI

YANG DIBENARKAN :-

  • Kaki lima / Siarkaki
  • Bahu jalan yang mempunyai ukuran kelebaran melebihi 10 kaki
  • Lot tepi /hujung yang mempunyai kawasan lapang dibahagian tepi
  • Jalan mati
  • Jalan tidak sibuk
  • Bukan jalan utama
  • Jalan yang tidak digunakan sebagai laluan awam /kenderaan

2.

WAKTU OPERASI

 JAM :      6.00   petang  HINGGGA  12.00 malam

3.

TEMPOH PERMIT

SEBULAN KE SEBULAN

4.

BILANGAN MEJA

Perletakan kerusi  dan meja mengikut keluasan tempat/tapak
Kebenaran : 1 meja dan 4 kerusi

( Sekiranya meja dan kerusi melebihi yang diluluskan , meja dan kerusi tersebut boleh dirampas dan dilupuskan)

5.

SAIZ MEJA

YANG DIBENARKAN:-

  • Bulat              -    2 kaki diameter
  • Empat Segi   -    3 kaki  x  3 kaki

6.

BAYARAN LESEN

MENGIKUT BILANGAN MEJA:

  • 1 MEJA          -     RM 15.00

7.

WANG PERTARUHAN

Penjaja - RM 500.00
 
Kedai Makan / Restoran - RM 1,000.00

8.

PERLINDUNGAN  INSURAN

Perlu mengambil Insuran  Tanggungan Awam / Public Liability Insurance berjumlah RM 100,000.00. Pemilik  Restoran / Kedai Makanan  dan Minuman bertanggungjwab sepenuhnya diatas apa-apa kejadian, kemalangan atau tuntutan berkaitan dengan aktiviti meletak meja dan kerusi di luar premis perniagaan

9.

MELETAK MEJA/KERUSI DI:-

Tempat letak kereta awam / persendirian

Siarkaki premis bersebelahan

 

  • Mendapat kebenaran bertulis dari pemilik tempat letak kereta awam/Persendirian.
  • Mendapat kebenaran bertulis dari pemilik bersebelahan

10.

LARANGAN

TIDAK DIBENARKAN

  • Membina sebarang struktur tambahan di kawasan perniagaan /perletakan meja dan kerusi.
  • Perletakan kerusi/meja tidak dibenarkan di kawasan  seperti berikut:-
  • Kawasan atas rumput atau kawasan lanskap
  • Kawasan atas parit siap atau lorong (manhole)
  • Diatas jalan raya utama
  • Tempat letak kereta bagi kawasan yang sibuk
  • Kawasan yang berhampiran dengan pili bomba, tandas awam dan depo sampah
  • Tempat-tempat lain yang  tidak dibenarkan oleh pihak Majlis dari masa ke semasa
  • Tidak melakukan sebarang halangan dan gangguan di kawasan berkenaan.
  • Tidak dibenarkan menjalankan aktiviti memasak dan mencuci di luar premis tersebut.
  • Kawasan perletakkan meja/kerusi tidak boleh dipagar atau dijadikan hakmilik persendirian.
  • Tidak menganggu lalulintas

11.

SYARAT – SYARAT TAMBAHAN

Jika Majlis mendapat aduan-aduan yang berasas, permit perletakan meja dan kerusi boleh dibatalkan dengan serta-merta.
 
Peniaga hendaklah menjaga kebersihan semasa dan selepas tamat perniagaan.
 
Semua peralatan perniagaan tidak dibenarkan ditinggalkan selepas tamat perniagaan .
 
Mematuhi had bilangan dan saiz meja/kerusi yang diluluskan serta memasang pelekat kelulusan di setiap meja yang telah diluluskan.
 
Majlis berhak untuk menyita, merampas serta melupuskan meja/kerusi yang diletakan melebih bilangan yang telah diluluskan.
 
Menyediakan tong sampah yang bertutup secukupnya di sekitar kawasan perniagaan.
 
Permit sementara meletak meja/kerusi dikakilima/siarkaki hanya dibenarkan untuk pengusaha restoran/kedai makanan dan minuman berkenaan dan tidak termasukkan jenis perniagaan yang lain.
 
Hendaklah sentiasa mempamirkan kelulusan permit sementara meletak meja/kerusi di hadapan premis restoran/kedai makanan dan minuman supaya mudah dilihat oleh pegawai-pegawai yang menjalankan pemeriksaan

 

Borang permohonan

Setiap pemohon perlu mendapatkan borang permohonan lesen berharga RM6.00. Hanya borang untuk permohonan lesen anjing sahaja diberi secara percuma. Borang boleh didapati di:

Bahagian Pelesenan
Majlis Bandaraya Alor Setar
Tingkat 2, Bangunan UTC
Alor Setar
Tel: 04-7330867

Tempoh bayaran lesen

Tempoh lesen untuk semua perniagaan adalah selama satu tahun.
Contoh: Bayaran – 15 Febuari 2014  tamat  sehingga 14 Febuari 2015 (setahun).