MENU

LEMBAGA RAYUAN

  • Ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen (36) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172 )
  • Ditugaskan bagi menyelaraskan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(2) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri Kedah dengan persetujuan Menteri telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah.

Fungsi Lembaga Rayuan

  • Bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuashati dengan keputusan pihak berkuasa perancangan tempatan dan seterusnya menimbangkan kes-kes rayuan tersebut, dimana;

    • Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali ( independent body ) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian diantara Perayu dengan pihak berkuasa perancangan tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana Perayu itu sama ada sebagai pembantahan, permohonan, pemilik atau pengguna merasa terkilan.
    • Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.

JENIS-JENIS RAYUAN

  1. Notis Permintaan

    • Jika Tuanpunya tanah merasa terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti:-

      • Minta supaya dihentikan penggunaan itu.
      • Mengenakan apa-apa syarat-syarat bagi penggunaan tanah itu yang bertujuan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu atau
      • Meminta supaya langkah-langkah yang dinayatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.
  2. Rayuan oleh Pemohon terhadap keputusan Majlis. (seksyen 23(1)(a) dan (b) )

    • Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.
    • Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut seksyen 21(b).
  3. Amaun Pampasan ( Seksyen 25(9))

    • Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan melulus pelan bangunan.
  4. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan ( Seksyen 30(7))

    • Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan akibat menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok ( Seksyen 35(c))

    • Jika seseorang itu terkilan dengan Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok
    • Mana-mana peruntukan dalam surat perintah pemeliharaan pokok
    • Penolakan pemberian kebenaran secara bertulis
    • Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis, di bawah perenggan (a) Seksyen 35A(2), suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) Seksyen 35A(2).
    • Surat perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) Seksyen 35A(2)
  6. Pampasan Di Bawah Pemeliharaan Pokok ( Seksyen 35(D))

    • Jika pemunya tanah yang tanahnya dimaksudkan oleh sesuatu Perintah Pemeliharaan Pokok yang diawardkan, membuktikan bahawa dia mengalami kerugian yang berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, akibat daripada mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35(c).
  7. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok ( Seksyen 35E)

    • Bilamana orang yang didapati bersalah di bawah Seksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Perintah Pemeliharaan Pokok yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam sesuatu pokok yang lain.