MENU

 

MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR   

 

IKLAN JAWATAN

 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman  yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :

 

A.        JAWATAN

 

 

 

BIL

 

 

JAWATAN

 

 

GRED

 

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

 

KUMPULAN PERKHIDMATAN

 

TARAF JAWATAN

 

JADUAL GAJI

MINIMUM -

          MAKSIMUM

 

1.

 

Penolong Pegawai Tadbir

 

N29

 

Pentadbiran Dan Sokongan

 

Pelaksana

 

Tetap/ Kontrak

 

1,493.00 – 5,672.00

 

2.

 

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

 

 

U29

 

 

Perubatan Dan Kesihatan

 

 

Pelaksana

 

 

Kontrak

 

 

1,797.00 – 5,753.00

 

3.

 

Penolong Pegawai Pertanian

 

G29

 

Pertanian

 

Pelaksana

 

Kontrak

 

1,494.00 – 5,674.00

 

4.

 

Pembantu Tadbir (Kewangan)

 

 

W19

 

 

Kewangan

 

 

Pelaksana

 

 

Tetap/ Kontrak

 

 

1,353.00 – 4,005.00

 

 

5.

 

Pembantu

Tadbir (Perkeranian/

Operasi)

 

 

N19

 

 

 

Pentadbiran Dan Sokongan

 

 

Pelaksana

 

 

Kontrak

 

 

1,352.00 – 4,003.00

 

 

B.         SYARAT LANTIKAN

           

1.         PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

 

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

            (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1, 493.00); atau

 

  1. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1, 493.00); atau

  1. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,770.95) ; atau

 

  1. Calon lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1, 493.00); atau

 

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

 

  1. (i)   mempunyai kelayakan di perenggan 1(i); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

 

  1. had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan  paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2.  berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58  tahun; atau
  3.  berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan  paksa 60 tahun.

 

  1. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

.

2.         PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

 

  1. Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM 1,797.00).

 

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

3.         PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

 

  1. Sijil Pertanian yang diiktiraf  oleh Kerajaan daripada Institusi Latihan Tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM 1,494.00); atau

 

  1. Diploma dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM 1,847.86).

 

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

4.         PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

 

(i)         Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian  dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

 

                        (ii)        Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh      Kerajaan serta                                                 Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira)  atau kelayakan yang                                         diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

 

                        (iii)       Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil                                                 Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf                                      dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

 

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80) ; atau

 

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

 

(vi)       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

5.         PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19

 

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

 

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

 

(vi)       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

C.        PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

 

Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

 

D.        CARA PERMOHONAN

 

  1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di www.mbas.gov.my .

 

  1. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen yang dikehendaki hendaklah disertakan dengan Kiriman Wang / Wang Pos bernilai RM 7.00 atas nama Majlis Bandaraya Alor Setar dan dihantar menggunakan sampul surat berukuran A4  ke alamat:
  2.  

 

                           DATUK BANDAR

            MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

  JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

 

 

  1. Pastikan maklumat di belakang Wang Pos diisi lengkap.

 

  1. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

 

  1.  Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat 
  2.  

 

  1. Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.

 

  1. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;

( Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar )

 

  • Gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan
  • Kelulusan akademik
  • Transkrip keputusan peperiksaan
  • Lain-lain dokumen sokongan

 

 

 

  1. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.          

 

  1. Borang permohonan jawatan yang tidak disertakan dengan Kiriman Wang / Wang Pos atau borang permohonan tidak lengkap diisi atau pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan akan ditolak permohonan jawatan.

 

  1. Bagi kelayakan Ijazah / Diploma, pemohon perlu melampirkan  pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://pengiktirafan.jpa.gov.my dan dilampirkan bersama borang permohonan.

 

  1. Hanya calon-calon yang berjaya dalam sesi tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi temuduga.  

 

  1. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

 

  1. Iklan perjawatan ini boleh didapati dengan melayari laman web MBAS di www.mbas.gov.my .

 

  1. Tarikh Tutup Permohonan : 22 OGOS 2019
Kemaskini Terakhir: Khamis, 17 Oktober 2019 - 3:17pm