MENU

 

 

                                          

 

 

MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR   

 

IKLAN JAWATAN

 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat

negeri Kedah Darul Aman  yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada

tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :

 

A.        JAWATAN

 

 

 

BIL

 

 

JAWATAN

 

 

GRED

 

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

 

KUMPULAN PERKHIDMATAN

 

TARAF JAWATAN

 

JADUAL GAJI

MINIMUM -

    MAKSIMUM

 

1.

 

Pegawai Undang-Undang

 

L41

 

Perundangan            dan Kehakiman

 

Pengurusan dan Profesional

 

Kontrak

 

RM 2,418.00                 - RM 9,607.00

 

2.

 

Jurutera

 

 

J41

 

Kejuruteraan

 

Pengurusan dan Profesional

 

Kontrak

 

RM 2,529.00

- RM 9,643.00

 

3.

 

Pegawai Perancang Bandar dan Desa

 

J41

 

Kejuruteraan

 

Pengurusan  dan Profesional

 

 

Kontrak

 

RM 2,529.00

- RM 9,643.00

 

4.

 

Pegawai Kesihatan Persekitaran

 

U41

 

Perubatan dan Kesihatan

 

 

Pengurusan dan Profesional

(Skim Perkhidmatan Bersepadu )

 

Kontrak

 

 

RM 2,429.00

- RM 9,656.00

 

5.

 

Penolong Jurutera

 

 

JA29

 

Kejuruteraan

 

Pelaksana ( Skim Perkhidmatan Bersepadu )

 

Kontrak

 

RM 1,549.00               - RM 5,701.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

B.        SYARAT LANTIKAN

           

1.         Pegawai Undang-Undang gred l41

                        (i)         Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan

                                   daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

                                   setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00);

                                   atau

 

                        (ii)        lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).

(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00).

 

2.         JURUTERA GRED J41 ( KEJURUTERAAN AWAM / MEKANIKAL /                                            ELEKTRIKAL )

 

                        (i)         Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada                                        institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf                                          dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00).

 

3.         PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41

 

            (i)         Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh                                        Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan

                        yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:                                         RM2,529.00); atau

 

(ii)        Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang geografi, ekonomi, sains  

            sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta

            ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan

            bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan

            daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

            setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00);  

            atau

 

(iii)       Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta ijazah sarjana atau        

            Diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-

            bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi

            pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

            dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,736.28); atau

 

(iv)       Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta ijazah sarjana atau diploma lepas

            ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain

            berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi

            tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji

            permulaan ialah pada Gred J41: RM2,943.84).

 

            4.         PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41

 

  1. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan

                                    yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred                                                 U41:RM2,429.00).

 

5.         PENOLONG JURUTERA GRED JA29 ( KEJURUTERAAN AWAM )

                        ( i)        sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada                                              politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.                                             (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM1,549.00); atau

 

                        (ii)        diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada                                       institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf                                          dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

 

C.        SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

 

            Calon bagi lantikan semua 5 jawatan yang diiklankan ini hendaklah memiliki Kepujian      (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil

            Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

            oleh Kerajaan.

 

D.        PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

 

Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

 

E.         CARA PERMOHONAN

 

  1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di www.mbas.gov.my .

 

  1. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4  ke alamat:

 

                           DATUK BANDAR

            MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

  JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

 

 

 

 

 

 

  1. Tiada sebarang caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.

 

  1. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

 

  1. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat  permohonan.

 

  1. Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.

 

  1. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;

 

  • Gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
  • Transkrip keputusan peperiksaan
  • Lain-lain dokumen sokongan( sekiranya perlu )

 

Salinan Dokumen Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar .

 

  1. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

 

  1. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak ;
  • Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  • Borang permohonan tidak lengkap diisi oleh pemohon. Pemohon diminta mengisi dengan lengkap semua ruangan yang disediakan pada borang permohonan jawatan MBAS.

 

  1. Bagi kelayakan Ijazah atau Diploma dari pelbagai institusi pengajian tinggi, pemohon perlu melampirkan salinan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://pengiktirafan.jpa.gov.my.

 

  1. Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL.

 

  1. Surat tawaran kepada calon yang berjaya akan dihantar melalui E-mail sahaja. Sila pastikan alamat E-mail ditulis dengan tepat dan betol.

 

  1. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

 

  1. Iklan perjawatan ini boleh dirujuk dengan melayari laman web rasmi MBAS                    di www.mbas.gov.my sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.

 

  1. Tarikh Tutup Permohonan : 09 FEBRUARI 2020
Kemaskini Terakhir: Selasa, 2 Jun 2020 - 1:09pm