CUKAI TAKSIRAN
(Cukai Pintu)
1. Apa Itu Cukai Taksiran.
Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut
peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meliputi pegangan-pegangan berikut :
i. Kediaman
Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri,
apartment, kondominium, rumah kampung dan sebagainya;
ii. Perniagaan
Kedai, rumah kedai/pejabat, kompleks membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi dan sebagainya;
iii. Perindustrian
Kilang, bengkel, gudang dan sebagainya;
iv. Tanah Kosong
Tanah kosong yang mempunyai geran hakmilik boleh dikenakan Cukai Taksiran/Cukai Pintu selaras dengan peruntukan Seksyen 2, Akta 171.
2. Mengapakah Cukai Taksiran Dikuatkuasakan.
i. Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemunya pegangan untuk membayar cukai taksiran/cukai pintu di bawah Seksyen 133, Akta 171 dan bukan menjadi suatu alasan sekiranya bil cukai taksiran/cukai pintu tidak diterima untuk mengelak daripada membayar cukai taksiran/cukai pintu;
ii. Cukai taksiran/cukai pintu digunakan untuk
membiayai :-
a. Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, kebersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;
b. Pembinaan dan penyelengaraan
infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;
c. Penyediaan dan penyelengaraan lampu jalan;
d. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi dan sebagainya.
3. Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bil Tidak Diterima
i. Anda boleh datang ke Kaunter Bahagian Hasil di MBAS dengan membawa salinan bil cukai taksiran/cukai pintu yang terdahulu atau nombor akaun bil cukai taksiran/ cukai pintu untuk mendapatkan cetakan bil yang terkini.
4. Jika Nama Di Bil Masih Nama Pemaju Dan Bukan Nama Anda.
i. Menurut Seksyen 160 Akta 171, adalah menjadi suatu kesalahan jika anda tidak membuat proses pindahmilik. anda perlu hadir ke Bahagian Penilaian, MBAS dengan membawa salinan dokumen - dokumen seperti berikut :-
Surat Perjanjian @ Geran @ Borang 14A.
Salinan Resit Bayaran cukai taksiran/cukai pintu Terbaru (yang telah dijelaskan).
Wang bayaran Proses RM 53.00.
Contoh Nama Pemaju/Penjual Seperti Teguh Harian Sdn Bhd, Bandar Baru Mergong Sdn Bhd, JB Kulim Dev, Isaga Mergong Sdn Bhd, CT World Dev, Aima Development, Eternal
Development, Nama PENDUDUK, PEMILIK
dan sebagainya.
ii. Anda dikehendaki membuat proses pindahmilik ini dalam tempoh TIGA (3) bulan selepas pegangan dijual.
5. Bilakah Cukai Taksiran/Cukai Pintu Patut Dibayar.
i. Cukai taksiran/cukai pintu hendaklah dijelaskan sebelum 28/29hb Februari untuk tempoh ½ tahun pertama (Jan-Jun) dan sebelum 31hb Ogos untuk tempoh ½ tahun kedua (Julai-Disember).
ii. Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan itu, Majlis boleh mengenakan bayaran notis tuntutan dan kos waran dengan kadar seperti berikut :-
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.
Telefon : 04-7332499, 04-7300185 Fax : 04-7334377, 04-7320622
Telefon Pejabat Cawangan Pokok Sena : 04-7823786
Laman Web : http://www.mbas.gov.my Emel : mbas@mbas.gov.my
Tarikh Akhir Membuat Bayaran & Caj Jika Tunggakan Tidak Dibayar |
28/29 Februari : Setengah Tahun Pertama
31 Ogos : Setengah Tahun Kedua
Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan maka Notis E akan dikeluarkan. Bayaran Notis E - RM 20.00.
Bayaran Waran Tahanan – RM200.00
|