MENU

JUALAN POKOK BUNGA

Perkhidmatan Jualan Pokok Bunga

  • Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyediakan perkhidmatan jualan pokok di Tapak Semaian MBAS di Jabi(Jalan Alor Setar-Pokok Sena ±15 KM dari Pusat Bandar.
  • Jualan pokok adalah bagi bekalan pokok-pokok bunga yang disemai dan dibiak sendiri oleh pihak MBAS.
  • o Anda boleh melihat pokok yang dijual dengan klik pada GALERI JUALAN POKOK.
  • Kadar harga jualan pokok bunga hiasan bergantung kepada saiz dan jenis pokok.

Caj Pengangkutan 

  • Harga jualan adalah tidak termasuk pengangkutan. Pembeli dikehendaki menyediakan pengangkutan sendiri untuk mendapatkan bekalan pokok bunga tersebut.
  • MBAS ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan pokok dengan bayaran RM 60.00 bagi setiap perjalanan di dalam lingkungan jarak 15 km dari Tapak Semaian Jabi.

Masa Jualan 

Hari

Masa

Ahad - Rabu

8.00 pagi - 4.00 petang

Rehat

1.00 petang - 2.00 petang

Khamis

8.00 pagi - 12.00 tengahari

 

*Semua bekalan pokok untuk jualan hanya terdapat di Tapak Semaian Jabi sahaja.
 
Cara pembelian  

Sekiranya anda berminat untuk membeli pokok-pokok tersebut, anda hanya perlu melawat tapak semaian MBAS untuk menentukan jenis dan jumlah pokok yang dikehendaki. Anda boleh membuat tempahan pembelian secara bertulis (surat rasmi) atau datang sendiri untuk mengisi borang di Bahagian Landskap & Rekreasi, Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS, Tingkat 7 Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar dan seterusnya membuat pembayaran. Seterusnya untuk mendapatkan bekalan pokok bunga yang telah ditempah, anda perlu menunjukkan resit pembayaran sebagai bukti pembelian kepada Pembantu Pertanian atau Mandor yang bertugas di Tapak Semaian Jabi.

* Jualan dan penghantaran pokok tersebut hanya terbuka untuk sekitar Bandaraya Alor Setar sahaja.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

 

 En. Zolkifli Bin Ibrahim
Pen. Pegawai Pertanian

En. Muhammad Bin Ishak
Pen. Pegawai Pertanian

Puan Norhaslifah bt. Mohamed Hassan
Pembantu Tadbir
Telefon : 04-7300185 / 04- 7300458 / Samb. 221
Talian Terus / Fax : 04-7337391

Bahagian Lanskap & Rekreasi
Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Bandaraya Alor Setar
Tingkat 7 Menara MBAS
Jalan Kolam Air, Alor Setar
Kedah Darul Aman.