MENU

PERKHIDMATAN PUSAT SETEMPAT

Perkhidmatan Pusat Setempat (Osc)   
Pusat Setempat di wujudkan bagi memudahkan proses Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan serta Sijil Kelayakan Menduduki untuk meransang pertumbuhan  ekonomi secara sistematik dan efisyen. 

Kaunter ini  beroperasi di Tingkat 8, Bangunan City Plaza. Ianya dibuka pada hari-hari bekerja seperti berikut:

Hari

Masa

Ahad - Khamis

8.00 pagi – 5.00 petang

 
  1. Berfungsi untuk menerima permohonan seterusnya menyelaras dan memantau proses kelulusan permohonan pembangunan tanah secara serentak. Permohonan pembangunan tanah secara serentak bermaksud mengemukakan permohonan ubah syarat dan pecah sempadan bersekali permohonan kebenaran merancang juga permohonan pelan bangunan .
  2. Bertindak untuk memastikan kelulusan pemajuan tanah diperolehi dalam masa yang ditetapkan iaitu antara 4 hingga 6 bulan.
  3. Secara perincian, skop perkhidmatan Bahagian OSC adalah :
  • Menerima cadangan pembangunan ;
  • Meneliti cadangan pemajuan memenuhi syarat-syarat ditetapkan ;
  • Mengedar cadangan pemajuan kepada agensi teknikal ;
  • Memantau edaran permohonan dan mendapat maklum balas daripada agensi teknikal ;
  • Menerima kertas perakuan terhadap cadangan pemajuan dan pelan pra perhitungan ;
  • Menjadi urusetia mesyuarat setiap 2 kali sebulan ;
  • Memaklum kepada j/kuasa OSC berkaitan cadangan pemajuan yang diterima ;
  • Mengedar perakuan j/kuasa OSC kepada pentadbir tanah ;
  • Menyedia kertas perakuan kelulusan untuk dibawa ke Majlis Penuh PBT ;
  • Menyedia dan memaklumkan keputusan permohonan kepada pemaju ; dan
  • Menyedia maklum balas kepada KPKT berkaitan progress kerja.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi : 
Bahagian OSC
04-7300185 samb. 206