MENU

Alamat-Taman Jubli Perak, Alor Setar, Kedah

SUASANA persekitaran nyaman dan bersih menjadikan pusat riadah Taman Jubli Perak sebagai lokasi pilihan keluarga serta golongan muda mudi untuk melepaskan tekanan kerja terutama pada hujung minggu.
Seperti sedia maklum, aktiviti fizikal seperti berjoging dan berjalan boleh dilakukan semua peringkat usia dan ia penting untuk kesihatan.
Bagaimanapun, kekangan fasiliti serta kawasan sesuai menjadikan ia sebagai alasan kepada orang ramai untuk malas bersenam.
Di bandar raya Alor Setar, Kedah, warganya tidak perlu gusar kerana Taman Jubli Perak yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar menyediakan kesemua kemudahan lengkap untuk pengunjung melakukan aktiviti yang mampu mengeluarkan peluh.
Taman rekreasi yang turut dikenali dengan Taman Rimba itu dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 8 malam.
Kelengkapan bersenam yang disediakan memberi kemudahan kepada pengunjung untuk melakukan senaman selain laluan joging berbukit yang memberi cabaran kepada orang ramai.