MENU
  1. Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MBAS sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
    Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MBAS adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976

  2. Apakah akan terjadi jika tidak membayar atau lewat membayar cukai taksiran?
    Jika anda membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan, iaitu selepas 28 atau 29 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda.

    Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan denda seperti berikut akan dikenakan Jumlah Terhutang Denda Lewat yang dikenakan RM 00.00 hingga RM 100.00 RM 2.00 RM 00.00 hingga RM 200.00 RM 4.00 RM 00.00 hingga RM 300.00 RM 6.00 Pertambahan setiap RM 100.00 dikenakan caj RM 2.00 Jika anda masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak 20% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.

    Waran ini membolehkan pegawai MBAS yang diberi kuasa: Merampas (mensita) harta alih yang ada di dalam bangunan Melelong bangunan/tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh pihak Majlis.

  3. Jika pemilik masih belum membayar tunggakan cukai taksiran, adakah Majlis boleh menahan permohonan pemilik untuk hal-hal lain yang berkaitan?
    Ya, Majlis boleh menahan proses permohonan pemilik yang mempunyai tunggakan dari memperolehi kelulusan berikut:

    • Kelulusan pelan bangunan.
    • Kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
    • Kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan (OC).
    • Kelulusan pelan susunatur.

  4. Apakah syarat-syarat permohonan pulangan balik hasil premis kosong?
    Bagi memohon pulangan balik hasil, pemilik mestilah membuat pemberitahuan dengan menghantar surat kepada Jabatan Penilaian, MBAS dalam masa tujuh (7) hari dari mulanya tempoh pulangan balik hasil itu dituntut. Cukai taksiran boleh dipulangkan bagi tempoh rumah anda itu dikosongkan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:

    • Cukai taksiran hendaklah dijelaskan termasuk semua tunggakan dalam tempoh pulangan balik hasil dituntut.
    • Bangunan adalah TIDAK DIDUDUKI/KOSONG dan UNTUK DISEWA Telah memberi notis bertulis kepada Majlis mengenai kekosongan hendaklah diisi dan dikembalikan.
    • Tempoh yang tidak diduduki hendaklah tidak kurang dari satu bulan kalendar Segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seorang penyewa ('tenant') telah dibuat melalui iklan dalam surat khabar atau paparkan papan kenyataan 'UNTUK DISEWA' hendaklah diletakkan dihadapan premis

  5. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada keperluan untuk merujuk kepada lain-lain agensi teknikal yang tidak tersenarai dalam agensi teknikal yang telah ditetapkan?
    Penambahan agensi teknikal lain selain daripada yang disenaraikan boleh dilakukan oleh pentadbir sistem di PBT masing-masing.

  6. Bagi permohonan yang dikemukakan secara online, perlukah pengemaskinian dibuat kepada Portal OSC?
    Bagi permohonan secara online, pengemaskinian tidak perlu dibuat di dalam Portal OSC.

  7. Bagaimana jika sesuatu permohonan menggunakan lukisan manual tetapi ingin dihantar secara online?
    Lukisan manual tersebut perlulah diimbas dan dimuatnaik dalam format pdf.

  8. Melalui OSC Online, bagaimanakah fee pemprosesan dijelaskan?
    Fee pemprosesan boleh dijelaskan melalui kaedah yang ditetapkan oleh PBT iaitu secara online dengan institusi perbankan yang terpilih atau kaunter pembayaran.

    Modul e-pembayaran di bawah OSC Online hanya memerlukan bukti pembayaran dimuatnaik untuk disertakan bersama permohonan.

  9. Apakah sub modul OSC Online?
    Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu :

    • e-kad laporan = menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.
    • e-permohonan = pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
    • e-rujukan = menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan.
    • e-aduan = membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan.
    • e-panduan = maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT berkaitan.
    • e-tanya = pre-consultation secara online.
    • e-permintaan perkhidmatan = pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan.
    • -bayaran = pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan.

  10. Apakah modul-modul utama OSC Online?
    2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.