MENU
  1. Siapakah pemohon kepada OSC Online?
    Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang dan juruukur tanah.

  2. Apakah tindakan yang perlu diambil jika premis yang roboh, buruk, terbakar, terbiar atau tidak sesuai didiami?
    Sila tulis surat rasmi kepada Jabatan Penilaian, MBAS bagi membolehkan bangunan ini dikeluarkan daripada Senarai Nilaian. 23. 24. Bolehkah cukai taksiran diberi pengecualian? Mengikut Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai taksiran boleh dikecualikan apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya digunakan semata-mata:

    Sebagai tempat awam untuk sembahyang. Sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen Bagi sekolah awam Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau maksud sains, sastera atau seni halus.

  3. Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat tukar milik, mewarisi, mewariskan membeli, atau menjual harta?
    Semak dengan MBAS bagi memastikan tiada tunggakan cukai taksiran pegangan tersebut. Atau, semakan boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan yang menguruskan harta tersebut.

    Memaklumkan kepada MBAS dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis Jualan atau Pindah milik [Sek 160, AKT 1976] dengan disertakan maklumat-maklumat berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik disempurnakan.

    Jika anda gagal, pihak MBAS boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam dari pemilik harta.

  4. Adakah bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak didiami?
    Ya, premis yang kosong atau belum diduduki lagi tidak layak untuk pengecualian, pembatalan atau pengurangan cukai taksiran. Cukai taksiran adalah perlu dibayar tidak kira sama ada rumah itu diduduki atau kosong. Akan tetapi premis yang kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan balik hasil.

  5. Dimanakah bil-bil cukai taksiran boleh dibayar?
    Kaunter Hasil, Majlis Bandaraya Alor Star, Jalan Kolam Air,05675 Alor Star Tel: 04-7332499

    • Tunai
    • Cek
    • Bank Draf
    • Kad Kredit - Visa & Mastercard
    • Wang Pos
    • Kiriman Wang Bayaran melalui Bank Agen Setempat:
      Bank Simpanan (BSN), Jabatan Bekalan Air (JBA), Telekom, MBf ’Call N Pay’, POS Malaysia, Maybank2U.com & CIMB Clicks.

      • Tunai
      • Cek
      • Bank Draf
      • Kad Kredit - Visa & Mastercard
      • Wang Pos
      • Kiriman Wang
  6. Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran?
    Pertama 1hb Januari sehingga 28hb. Februari. Kedua 29 Februari Kedua 1hb Julai sehingga 31hb. Ogos

  7. Bilakah bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan?
    Bil-bil akan dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.

  8. Adakah pemilik masih boleh membuat rayuan setelah Jawatankuasa Rayuan Cukai membuat keputusannya?
    Boleh, para pemilik perlulah merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan dengan syarat bayaran cukai yang telah ditetapkan dibayar kepada MPSP terlebih dahulu.

  9. Bagaimanakah keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada para pemilik?
    Keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada para pemilik secara bersurat.

  10. Bolehkah pemilik yang membuat bantahan mewakilkan orang lain untuk hadir bagi pihaknya di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai?
    Jika pemilik yang telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, maka pemilik bolehlah mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri bagi pihaknya dengan syarat wakil tersebut mengemukakan 'Surat Kuasa' yang ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.