MENU
  1. Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
    Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawata nkuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.

  2. Apa yang dimaksudkan dengan Notis Kadaran?
    Notis Kadaran adalah notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud lain, ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai taksiran yang akan dikenakan.

  3. Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi rumah yang diduduki oleh pemilik sendiri dan bukan untuk disewa?
    Rumah yang diduduki sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa". Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut akan diandaikan "kosong dan untuk disewakan" dan anggaran sewa sebulan didasarkan pada sewaan yang dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang berdekata.

  4. Bagaimanakah Nilai Tahunan ditentukan?
    Nilai Tahunan adalah anggaran nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk formula: Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan X 12 bulan.

  5. Bagaimanakah kadar (%) ditentukan?
    Kadar(%) ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos yang ditanggung Majlis.

  6. Bagaimanakah cukai taksiran ditentukan?
    Cukai taksiran ditentukan berdasarkan formula berikut: Cukai taksiran = Nilai Tahunan X Kadar (%)

  7. Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
    Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.

  8. Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
    Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MBAS memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri.

  9. Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
    Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.

  10. Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?

    Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan.