Objektif
 

OBJEKTIF

 

Majlis Bandaraya Alor Setar ditubuhkan untuk :- 

1.

Menyedia dan melaksana perkhidmatan perbandaran seperti yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan ikhlas dan berintergriti;

 

 

2.

Menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan semua Undang-Undang Kecil Majlis Bandaraya Alor Setar dengan berhemah dan profesional;

 

 

3.

Melaksana pelbagai bidang perkhidmatan perbandaran, pembangunan perbandaran, keselamatan, kesihatan, keceriaan, kemudahan awam, dan infrastruktur taman-taman perumahan;

 

 

4.

Membina persekitaran perbandaran terancang dengan pelan-pelan tindakan konsisten menerusi pelan-pelan strategik, rancangan tempatan dan program-program berdaya maju bagi menjadikan bandaraya selamat dan sejahtera;

 

 

5.

Mencapai wawasan Bandaraya Alor Setar Maju menerusi tranformasi minda, modal insan, kegiatan ekonomi, pembangunan lestari, dan  penyampaian perkhidmatan dengan memenuhi kepuasan pelanggan;

 

 

6.

Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta perancangan pembangunan dalam semua bidang;

 

 

7.

Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan;

 

8.

Memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk;

 

 

9.

Pengekalan kawasan persekitaran bandar raya dengan landskap bertaraf 5 bintang dan penyelenggaraan taman rekreasi yang bersih serta selesa;

 

 

10.

Meningkatkan sumber kewangan Majlis dengan mempelbagaikan sumber hasil boleh diterokai dan mengukuhkan kawalan pengurusan kewangan terbaik.

Bookmark and Share
Paparan : 11037
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 Mac 2011