OSC

PROFIL :

  • Dibawah pakej strategi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
  • Pakej Meransang Ekonomi, kerajaan telah menetapkan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara dalam era yang bersaing.
  • Kerajaan telah bersetuju dengan perakuan Strategic Thrust Committee On Government Delivery System yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, supaya diwujudkan Pusat Setempat pada dua peringkat iaitu Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi memudahkan proses kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayakan menduduki sepertimana yang disarankan di bawah Langkah 70(a) dalam Pakej Meransang Ekonomi.
  • Bagi memastikan pelaksanaan dan penambahbaikan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif, mesyuarat MNKT Ke-56 telah bersetuju untuk memperluaskan fungsi Pusat Setempat sedia ada kepada memproses permohonan Kebenaran Merancang, permohonan pelan bangunan dan membuat perakuan kepada permohonan pembangunan tanah

 

 

KRONOLOGI :


MAC 2004
Pusat Setempat di bawah tanggungjawab MBAS ditubuhkan. OSC berfungsi sebagai penyelaras pelan-pelan pembangunan yang sedia ada di MBAS merangkumi permohonan pelan bangunan dan CFO.

JUN 2006
Di bawah peruntukan KPKT, OSC MBAS diperkukuhkan dengan dua kakitangan lantikan kontrak (seorang pembantu teknik awam dan seorang kerani).


12 APRIL 2007
YAB Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan penubuhan OSC secara rasmi di seluruh Semenanjung Malaysia.

16 MEI 2007
OSC di MBAS mula beroperasi secara rasmi dengan kemasukan lebih ramai pegawai terdiri dari seorang Pegawai Perancang Bandar (J44), seorang Pembantu Teknik Seni Bina(J29), dua orang juruteknik (J17) dan Pembantu Am (N1) dengan peluasan fungsi OSC untuk menguruskan permohonan pembangunan secara serentak.


21 JUN 2007
Mesyuarat pertama jawatankuasa OSC di MBAS.


16 JULAI 2007
KPKT telah menempatkan kesemua pegawai yang dilantik dibawah Jabatan Kerajaan Tempatan di PBT-PBT yang berkenaan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan OSC di PBT dengan lebih berkesan. Kemasukan dua pegawai OSC terdiri daripada Pegawai Perancang Bandar (J41) dan Pembantu Teknik Awam (J29).

Halaman: 1  2  3  4  

Bookmark and Share
Paparan : 16986
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Mei 2011