JABATAN PERBENDAHARAAN
Bahagian Hasil
| Bahagian Hasil MBAS terletak di Ibu Pejabat MBAS, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah. Tel : 604-7332499 Fax : 604-7320622 E-Mel : mbas@mbas.gov.my |
PIAGAM PELANGGAN
Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa. Pelanggan akan di layan tidak lebih 15 minit pada waktu biasa dan 30 minit pada waktu kemuncak.
Memastikan bil-bil cukai pintu di serahkan ke alamat premis selewat-lewatnya pada 15 januari setiap tahun penggal pertama dan 15 julai bagi penggal ke dua.
Pembayaran segala bil, invois serta pesanan tempatan adalah berlandaskan kedudukan kewangan Majlis.
Misi & Visi Jabatan
MISI
Untuk meletakkan Majlis di suatu tahap kedudukan kewangan yang teguh, stabil bagi mentadbir dan melaksanakan pembangunan yang mampan dengan cekap dan efisyen.
VISI
Untuk mencapai kecemerlangan sebagai sebuah bahagian yang bertanggungjawab dalam pengurusan hasil dan ekonomi pihak berkuasa tempatan sejajar dengan hasrat untuk mencapai status Kedah Gemilang.
Fungsi Umum & Komponen Jabatan
Penyediaan dan kawalan Belanjawan
Kutipan Hasil Majlis
Pembayaran & Perbelanjaan Majlis
Merancang & Mengurus Aliran Tunai Majlis
Fungsi Bahagian Akaun
Bertanggungjawab menerima semua bayaran hasil Majlis dan memastikan ianya terkawal.
Menyelenggara lebih kurang 80,000 akaun cukai taksiran bagi premis di Majlis
Mengurus penghantaran bil-bil cukai taksiran dan lot kosong pada awal januari dan pertengahan bulan jun setiap tahun.
Menyemak kod-kod terimaan, resit pembayaran, penyata pemungut harian, audit roll dan penyata bil setempat.
Menyemak dan menyelaras rekod-rekod penghutang Majlis.
Bertanggungjawab mengutip tunggakan cukai pintu serta mengemaskinikan rekod-rekod Bahagian dan Unit Terimaan Hasil supaya selaras.
Memantau dan mengambil tindakan susulan (Follow up) ke atas pengutang-penghutang cukai pintu yang tertunggak.
Memantau dan mengawal semua proses terimaan hasil dan lain-lain Bahagian Majlis.
Mengklasifikasikan penyerahan notis mengikut dasar-dasar yang di luluskan oleh Majlis.
Melaksanakan penyerahan notis E dan tindakan mensita harta alih bagi pegangan yang tidak menjelaskan tunggakan.
Mengadakan perbincangan dengan pemilik untuk kes-kes ansuran dan menyediakan laporan pemantauaan untuk setiap tindakan yang di lakukan di dalam menangani tunggakan cukai.
Menyediakan laporan bulanan dan tahunan utnuk kutipan hasil-hasil Majlis kepada Pihak Pengurusan.