Perkhidmatan Sewa Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Star

Dewan Besar MBAS terletak di Tingkat 7, Menara MBAS, Jalan Kolam Air. Dewan ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sosial seperti majlis perkahwinan, jamuan, mesyuarat, majlis perasmian dan lain-lain lagi. Semua kelengkapan untuk majlis seperti kerusi meja dan pentas ada disediakan dan akan disusun mengikut kehendak penyewa dan mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.
Kemudahan yang disediakan
1. Hawa Dingin
2. Bilik VIP
3. Bilik Hidangan
4. Permaidani Kenamaan Merah / Kuning
5. Kerusi Banquet
6. Meja Bulat
7. Meja Panjang / Skirting
8. Sofa / Meja Kopi
9. Rostrum
10. PA System
11. Platform
Kadar Bayaran Sewaan Dewan Besar MBAS
- Kadar bayaran sewaan bagi 4 jam pertama - RM 3000.00 (Termasuk peralatan: kerusi, meja, sofa, PA system, rostrum dan permaidani merah).
- Kadar bayaran sewaan bagi setiap satu jam berikutnya - RM 750.00
- Bayaran pertaruhan kebersihan sebanyak - RM 500.00
- Lain-lain kemudahan:
Bilik Tetamu Kenamaan VVIP 1 | Khas untuk KDYMM Tuanku Sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar dan VIP sahaja |
Bilik Tetamu Kenamaan VVIP 2 | RM 500.00 sekali guna |
Penggunaan hawa dingin semasa raptai (rehearsal) | RM 150.00 sejam |
Syarat-syarat Penggunaan Dewan Besar MBAS
- Penyewa mestilah megisi borang permohonan yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta di Tingkat 9, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Star.
- Bayaran sewaan dan deposit RM 500.00 hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan dewan.
- Penyewa mesti bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan luar Dewan Besar MBAS semasa & selepas penggunaan.
- Pihak MBAS berhak membatalkan penggunaan Dewan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Penyewa dilarang keras mengadakan majlis tari menari dan membawa masuk sebarang makanan / minuman yang haram di sisi agama Islam serta merokok di dalam dewan.
- Penyewa dilarang memasak di dalam dewan atau melakukan perkara yang boleh merosakkan / mengotorkan dewan.
- Sebarang syarat-syarat & peraturan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MBAS.
- Peringatan: Pihak MBAS tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa penyewaan dan harta benda pengguna semasa menggunakan dewan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
En. Ahmad Letfi B Saad
Ketua Bahagian Pengurusan Harta
Talian Sambungan : 226
Talian Terus : 04-7303091
En. Mohd Zaini Bin Murad
Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi
Talian Sambungan : 232
Talian Terus : 04-7303671
Bhg. Pengurusan Harta
Tingkat 9 Menara MBAS
Jalan Kolam Air, Alor Star