Perkhidmatan Sewa Pokok Bunga
Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) menyediakan perkhidmatan penyewaan pasu-pasu bunga kepada semua jabatan / agensi-sgensi kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan untuk tujuan-tujuan seperti:
- Menghias dewan-dewan untuk upacara-upacara tertentu, majlis-majlis perasmian, mesyuarat, persidangan, majlis-majlis perkahwinan dan lain-lain lagi.
- Hiasan pejabat, ruang-ruang pameran dan sebagainya.
Bunga-bunga MBAS yang subur dan menarik boleh dilihat di 2 tapak semaian milik MBAS iaitu di Jabi dan Jeragan.
Cara-cara membuat tempahan
- Anda hanya perlu membuat tempahan dengan menulis surat rasmi kepada Ketua Bahagian Lanskap & Rekreasi, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBAS atau datang sendiri ke bahagian ini di Tingkat 7, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Star sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penggunaan.
- Bayaran boleh dibuat sebelum atau selepas perkhidmatan diberikan mengikut kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MBAS.