Profil Datuk Bandar

Yang Berbahagia Dato’ Haji Mat Noh Bin Ahmad, DSDK.,AMK.,BCK.,BKM.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar

emel : matnoh@mbas.gov.my


PROFIL DATUK BANDAR MBAS

KELUARGA

Beliau adalah anak sulung daripada lima beradik kepada pasangan Tuan Hj.Ahmad bin Md.Diah dan Puan Bee bt Chik.Dilahirkan di Kampung Bukit Nyan Kubur Panjang,Alor Setar pada 26 Julai 1955.Telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Hajjah Fatimah bt Md. Noh pada 20 April 1982.Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan tiga orang perempuan.

PENDIDIKAN

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut seterusnya ,melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang,Alor Setar.Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Dua Tinggi dari Universiti Malaya pada tahun 1980 dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2008.



KERJAYA

Tahun 1981 Memulakan kerjaya sebagai Guru Sementara di Maktab Adabi,Bukit Mertajam.
15 Julai 1981 Menyertai skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah dan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan(Bahagian Perumahan).
1 Julai 1985 Ditukarkan ke Pejabat Daerah Padang Terap sebagai Penolong Pegawai Daerah(Pembangunan).
1 Ogos 1987 Ditukarkan ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah sebagai Penolong Pengarah.
16 Februari 1992 Ditukarkan ke Pejabat Pegawai Kewangan Negeri sebagai Peolong Pegawai Kewangan Negeri(Tambahan) Unit Tindakan Khas.
1 Mac 1997 Ditukarkan ke jawatan Pegawai Khas kepada Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
5 Mac 2000 Ditukarkan ke Majlis Perbandaran Kota Setar sebagai Setiausaha.
1 April 2003 Ditukarkan ke Pejabat Tanah Kubang Pasu sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu.
15 Disember 2004 Dipinjamkan sebagai Timbalan Pengurus Besar di Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA).
1 November 2006 Ditukarkan ke Pejabat Daerah Bandar Baharu sebagai Pegawai Daerah.
15 Mei 2008 Ditukarkan ke Pejabat Daerah Padang Terap sebagai Pegawai Daerah.
16 Februari 2010 Ditukarkan ke Pejabat Daerah Sik sebagai Pegawai Daerah.
1 November 2010 Ditukarkan ke Pejabat Daerah Kulim sebagai Pegawai Daerah.
Berkuatkuasa 17 Julai 2011 Y.Bhg.Dato’ Hj.Mat Noh bin Ahmad dipinjamkan sebagai Datuk Bandar yang ke 4 di Majlis Bandaraya Alor Setar,Kedah Darul Aman.

 

ANUGERAH

25 Januari 1987 Dianugerahkan Bintang Kebaktian Masyarakat(BKM).
23 Januari 1994 Dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah(BCK).
18 Januari 2004 Dianugerahkan Ahli Mahkota Kedah(AMK).
18 Januari 2009 Dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia DiRaja Kedah(SDK).
16 Januari 2011 Dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Setia DiRaja Kedah(DSDK).






 

Bookmark and Share
Paparan : 24372
Tarikh Akhir Dikemaskini : 22 Ogos 2011