MENU

        6.  Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Pemilik Pegangan Menjual Pegangan Atau Pemilik Pegangan

        Meninggal Dunia.

          i. Jika sesuatu pegangan telah dijual atau dipindahmilik, maka menjadi tanggungjawab penjual                 dan pembeli dalam tempoh TIGA (3) bulan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada MBAS              melalui Borang I.

          ii. Jika pemilik pegangan telah meninggal dunia, adalah menjadi tanggungjawab waris kepada si               mati untuk memaklumkan perkara tersebut kepada MBAS dalam tempoh SATU (1) tahun selepas             kematian melalui Borang J.

 

         7. Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda telah Berpindah

i. Anda perlu mengisi borang permohonan menukar alamat surat menyurat atau memaklumkan secara bertulis kepada Bahagian Penilaian, MBAS.

 

       8. Jika Pemilik Tidak Mampu Untuk Menjelaskan Keseluruhan Cukai Taksiran/Cukai Pintu,                    Bolehkah Dibayar Secara Ansuran.

i. Pemilik adalah dinasihatkan untuk hadir ke Bahagian Hasil, Majlis Bandaraya Alor Setar untuk berunding dengan pegawai yang bertanggungjawab.

 

       9. Apa Yang Terjadi Sekiranya Cukai Taksiran/Cukai Pintu Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh                Yang Ditetapkan.

           i. Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada pemilik pegangan dan ianya hendaklah dijelaskan                 dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari dari tarikh notis dipos atau diserahkan.

    ii. Bayaran waran tahanan akan dikenakan ke atas keseluruhan tunggakan.

    iii. Tindakan sita dan melelong harta alih.

    iv. Tindakan mahkamah.

     v. Kesemua kos yang terlibat akan menjadi sebahagian daripada tunggakan yang perlu dibayar.

 

         10. Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bangunan/Pegangan Kosong Atau Tidak Diduduki / Jika                   Anda Telah Menjual Pegangan Anda.

    i. Pemilik bangunan/pegangan hendaklah melaporkan kepada Majlis seandainya                                  bangunan/pegangan berkenaan itu kosong dan tidak didiami, pemilik perlu datang ke Bahagian        Penilaian, MBAS dengan mengisi Borang Pulangan Balik bagi setiap penggal.

    ii. Pemilik juga diingatkan supaya mengemukakan permohonan untuk meminda dan memperbaiki         bangunan/ pegangan berkenaan sebelum kerja-kerja dijalankan – Seksyen 14 (1) Undang-               Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

   iii. Semua urusan dan surat menyurat mengenai pindahmilik ini hendaklah dialamatkan kepada            DATUK BANDAR MBAS. Surat-menyurat hendaklah menyebut nombor rumah dan nombor                  akaun.

 

 

Bil Di Hantar

Jan: Setengah Tahun PertamaJulai: Setengah Tahun Kedua

Bayaran Melalui Bank & Agen Setempat

 

Maklumat Am

Pulangan balik cukai taksiran untuk pegangan tidak diduduki.  Tertakluk kepada terma dan syarat.Sila pastikan maklumat anda telah dikemaskini.

 

 

Tarikh Akhir Membuat Bayaran & Caj Jika Tunggakan Tidak Dibayar

 

28/29 Feb: Setengah Tahun Pertama

31 Ogos: Setengah Tahun Kedua

 

Jika bayaran tidak dijelaskan dalam

tempoh yang ditetapkan maka

Notis E akan dikeluarkan.  Bayaran Notis E - RM 20.00.Bayaran Waran Tahanan – RM 200.00

Bayaran Di MBAS & Pej. Cawangan Pokok Sena

Kaunter 8.00 pagi – 4.30 petang secara tunai, cek, bank draf, wang pos, kiriman wang, kad kredit, Kad Debit, Mastercard & VISAPembayaran di Mesin Kiosk (24 jam)

 

 

Kaunter UTC

8.30 pagi – 10.00 malam (setiap hari kecuali cuti umum)

 

 

Kaunter Pandu Lalu

9.00 pagi – 3.00 petang (Ahad – Khamis)

 

CALL ‘n PAY

PERHATIAN : Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Hasil, Majlis Bandaraya Alor Setar (04-7332499 samb 112 @ 129)

PERHATIAN : Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Hasil, Majlis Bandaraya Alor Setar (04-7332499 samb 112 @ 129)