Perkhidmatan Sewa Dewan Dato’ Syed Omar, Majlis Bandaraya Alor Star

Dewan Dato' Syed Omar terletak di Jalan Langgar, Alor Star, Kedah. Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan riadah seperti gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, pentas dan juga kerusi meja untuk tujuan majlis-majlis sosial. Selain berfungsi sebagai tempat bersukan, dewan ini juga boleh digunakan untuk majlis-msjlis sosial seperti majlis perkahwinan, jamuan, jualan gudang, mesyuarat, seminar
dan lain-lain lagi.
Kadar Bayaran Sewaan Dewan
| Jenis Penggunaan | Kadar Bayaran |
| Dewan Lama | Dewan Baru |
| Gelanggang Badminton / Takraw / Lain-lain Sukan | RM 5.00 / jam | RM 8.00 / Jam |
Pertandingan/ Pertunjukan Pentas / Mesyuarat / Seminar | RM 300.00 Sehari |
| Jualan Gudang / Kenduri / Jamuan |
Syarat-syarat Penggunaan Dewan Dato' Syed Omar
- Penyewa mestilah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta di Tingkat 9, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Star.
- Bayaran sewaan hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan dewan.
- Penyewa hendaklah menetapi masa yang dihadkan (tidak melebihi masa yang dipohon).
- Penyewa mesti bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan luar dewan ini semasa & selepas penggunaan.
- Pihak MBAS berhak membatalkan kebenaran penggunaan Dewan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
- Penyewa dilarang keras mengadakan majlis tari menari dan membawa masuk sebarang makanan / minuman yang haram di sisi agama Islam serta merokok di dalam dewan.
- Penyewa dilarang memasak di dalam dewan atau melakukan perkara yang boleh merosakkan / mengotorkan dewan.
- Sebarang syarat-syarat & peraturan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MBAS.
- Peringatan: Pihak MBAS tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa penyewaan dan harta benda pengguna semasa menggunakan dewan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
En. Zamzama Binti Mohd
Ketua Bahagian Pengurusan Harta
Talian Sambungan : 226
Talian Terus : 04-7349594 / 019-5415400
En. Puteh B. Omar
Penyelia Dewan Syed Omar
Talian Terus : 012-4465940
Bhg. Pengurusan Harta
Tingkat 9 Menara MBAS
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Star,Kedah.