MENU
  1. Terdapat agensi teknikal dalaman atau luaran yang masih memerlukan hardcopy untuk tujuan semakan. Bagaimanakah perkara ini dilaksanakan?
    Agensi teknikal yang berkaitan perlu berurusan terus dengan pemohon untuk mendapatkan hardcopy. Walaubagaimanapun agensi teknikal disaran mengambil tindakan sewajarnya untuk berpindah dari kaedah menyemak atas hardcopy kepada kaedah menyemak secara online secara berperingkat.

  2. Bolehkah pihak pemohon menyemak status permohonan secara online?
    Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online mengunakan ID projek dan ID permohonan. Pihak pemunya projek juga boleh menyemak status permohonan mengunakan kaedah yang sama.

  3. Berapa lamakah bahan-bahan yang telah dimuatnaik disimpan dalam sistem sebelum permohonan dipadamkan?
    Pemohon akan dimaklumkan tentang perkara-perkara yang perlu dibekalkan untuk melengkapkan permohonan sebelum OSC membuat edaran.

    Sekiranya pemohon gagal mengemukakan perkara-perkara yang diperlukan iaitu gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari, permohonan akan dihantar kepada storage.

    Jika pemohon masih gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari seterusnya , dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik akan dipadamkan. Bagi pemohon yang masih berminat untuk mengemukakan permohonan, muatnaik dan penyerahan perlu dilakukan semula.

  4. Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
    5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara online

  5. Adakah pendekatan e-signature digunakan dalam OSC Online?
    Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar sebagai proof of submission dan pada pelan-pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk dikeluarkan kelulusan rasmi. e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.

  6. Bila salinan cetak (hardcopy) dikemukakan?
    Dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang hantar diaktifkan.

  7. Adakah salinan cetak (hardcopy) masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
    1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan sebagai proof of submission.

  8. Kenapa dalam format PDF dan bukan CADD file?
    Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. Seperkara lagi tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.

  9. Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
    Pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.

  10. Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
    Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon.

    Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri.

    Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.