| |
Bahagian undang-undang MBAS terletak di tingkat 9 Menara MBAS Jalan Kolam Air 05675 Alor Setar, Kedah. Tel : 604-7332499 Fax : 604-7334377 E-Mel : mbas@mbas.gov.my | Latar Belakang Bahagian Undang-Undang MBAS diwujudkan dengan fungsi utamanya untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai dan yang diperuntukan kepada Majlis di samping menggubal undang-undang dan peraturan baru mengikut keperluan semasa. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Undang-Undang yang bertindak sebagai Ketua Bahagian dan bertanggungjawab secara keseluruhannya ke atas unit-unit di bawah pentadbirannya. Unit-unit di bawah pentadbiran Bahagian Undang-Undang adalah: a)Unit Penggubalan dan Pentadbiran b)Unit Pendakwaan c)Unit Penguatkuasaan dan Unit Pengiring . Objektif Bahagian - Menguatkuasa undang-undang dan peraturan yang digunapakai dan yang diperuntukan kepada Majlis.
- Menggalakkan masyarakat menghormati peraturan dan Undang- Undang yang dikuatkuasakan.
- Menggubal Undang-Undang Majlis mengikut keperluan semasa.
- Menyelenggara barangan rampasan dan menyelaraskan notis-notis kompaun yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguatkuasa.
- Menyiasat aduan awam dan menyelesaikan masalah tersebut.
Fungsi Bahagian - Bertanggungjawab ke atas urusan-urusan mengenai penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
- Bertindak sebagai penasihat kepada Majlis dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan undang-undang.
- Bertanggungjawab dalam hal pendakwaan dan urusan mahkamah serta kes-kes yang bersangkutan dengan Majlis.
- Bertanggungjawab dalam hal-hal seperti denda dan kompaun terhadap pesalah yang melanggar undang-undang Majlis.
- Bertindak menggubal, ubahsuai dan meminda undang-undang kecil yang bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan semasa untuk digunapakai oleh Majlis.
- Bertanggungjawab untuk menyedia dan mengkaji perjanjian yang melibatkan Majlis.
Bertanggungjawab untuk menyelaras kursus-kursus bagi Pembantu-Pembantu Penguatkuasa. |
| |
Paparan : 14140
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Mei 2011