sila klik gambar untuk mempebesar gambar
PERKHIDMATAN SEWAAN POKOK BUNGA
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyediakan perkhidmatan penyewaan pasu-pasu bunga kepada semua jabatan / agensi kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan untuk tujuan-tujuan seperti:
- Menghias dewan-dewan untuk upacara-upacara tertentu, majlis-majlis perasmian, mesyuarat, persidangan, majlis-majlis perkahwinan dan lain-lain lagi.
- Hiasan pejabat, ruang-ruang pameran dan sebagainya.
Pemohon boleh datang sendiri melihat/memilih pokok-pokok bunga hiasan yang subur dan menarik di Tapak Semaian Jeragan, Lebuhraya Sultanah Bahiyah (berdekatan MADA Ampang Jajar) lebih kurang 8km dari Pusat Bandar Alor Setar.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Sebarang permohonan perlulah menulis surat rasmi kepada Ketua Bahagian Lanskap & Rekreasi, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBAS atau datang sendiri ke bahagian ini di Tingkat 7, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar sekurang-kurangnya 7 hari daripada tarikh Majlis/acara akan berlansung .
- Bayaran boleh dibuat sebelum atau selepas perkhidmatan diberi (agensi kerajaan sahaja) mengikut kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MBAS.
- Bagi Pihak swasta atau orang perseorangan, bayaran sewa hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 2 hari sebelum penghantaran pokok bunga yang disewa
- Perkhidmatan ini adalah terhad untuk sekitar kawasan pentadbiran MBAS sahaja.