Piagam Pelanggan
 

PIAGAM PELANGGAN

 

Majlis Bandaraya Alor Setar :-

 

 

 

KAMI BERJANJI AKAN SENTIASA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG MESRA, ADIL DAN BERKUALITI SETIAP MASA KEPADA SETIAP PELANGGAN :-

1.

Memberi perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap, jujur, amanah, mesra dan selesa.  Pelanggan akan dilayan dalam tempoh tidak melebihi 15 minit;

 

 

2.

Memastikan bil-bil cukai pintu diserahkan ke alamat premis selewatnya-lewatnya pada 15 Januari setiap tahun untuk penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua;

 

 

3.

Kelulusan pelan tambahan dan pindaan bagi rumah kediaman akan diberi dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap;

 

 

4.

Kelulusan Pelan Bangunan akan diberikan dalam tempoh 69 hari dari tarikh terima lengkap permohonan;

 

 

5.

Kelulusan Permit Bangunan Sementara akan diberikan dalam tempoh   30 hari dari tarikh permohonan lengkap;

 

 

6.

Permohonan lesen akan diberi kelulusan dalam tempoh :-

 

 

      • Lesen Pasar Awam, Pasar Raya dan Tred

30 hari

      • Lesen Pasar Malam/Pasar Pagi

14 hari

      • Lesen Iklan

14 hari

      • Lesen Penjaja Kecil

  9 hari

      • Lesen Penjaja Kecil Sementara

  1 hari

      • Lesen Perniagaan Makanan

3 bulan

7.

Memberi perkhidmatan pemungutan dan pelupusan sampah di kawasan perumahan 3 kali seminggu dan setiap hari di kawasan perniagaan;

 

 

8.

Memberi perkhidmatan pemotongan rumput dan pembersihan parit/longkang di kawasan perumahan 30 hari 1 pusingan (hari bekerja);

 

 

9.

Permohonan Pindahmilik Pegangan yang lengkap boleh diluluskan dalam tempoh 1hari (bekerja) dari tarikh Borang (I/J) diterima;

 

 

10.

Kelulusan Kebenaran Merancang dalam tempoh enam (6) bulan;

 

 

11.

Kelulusan permohonan sewaan premis/gerai Majlis dalam tempoh 14 hari;

 

 

12.

Permohonan untuk mengalih pokok tumbang akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam;

 

 

13.

Semua aduan yang diterima akan diselaraskan kepada bahagian-bahagian berkenaan untuk diambil tindakan selewat-lewatnya 2 hari dari tarikh aduan diterima.

Bookmark and Share
Paparan : 7006
Tarikh Akhir Dikemaskini : 01 April 2011