Kemudahan Peralatan
Perkhidmatan Sewa Khemah & Peralatan Kenduri
MBAS menyediakan penyewaan khemah, kerusi, meja dan bendera untuk orang ramai, pihak swasta dan agensi kerajaan bagi semua bentuk upacara atau majlis seperti perkahwinan, majlis-majlis kenduri, sambutan hari jadi, majlis-majlis sosial, majlis sukan dan sebagainya. Selain itu, Majlis melalui Kelab MBAS turut membantuk pihak JKR dalam penyediaan khemah / kerusi untuk Majlis-majlis anjuran Kerajaan Negeri.
Kadar Sewaan
Peralatan | Harga Ahli (RM) | Harga Awam (RM) |
1 bay khemah kanopi (saiz 20' x 20') termasuk 6 meja dan 50 buah kerusi plastik | 50.00 | 150.00 |
1 bay khemah zink (saiz 20' x 18') termasuk 6 meja dan 50 buah kerusi plastik | 30.00 | 100.00 |
1 bay khemah kanopi (saiz 20' x 20') | 40.00 | 120.00 |
1 bay khemah zink (saiz 20' x 18') | 20.00 | 70.00 |
Meja | 0.50 | 1.00 |
Kerusi Plastik | 0.20 | 0.50 |
Kerusi Banquet | 0.50 | 1.00 |
Tong air | 2.00 | 5.00 |
Palung Basuh Pinggan | 2.00 | 5.00 |
Catitan :
-HARGA AHLI hanya untuk kegunaan di rumah ahli Kelab MBAS dan ibu bapa ahli sahaja. Selain daripada itu dikenakan harga awam.
-Kadar sewaan untuk sekolah, masjid dan rumah ibadat akan diberi potongan sebanyak 50% dari kadar harga awam. (disertakan surat permohonan ).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Biro Ekonomi
Kelab Majlis Bandaraya Alor Star
Bahagian Perkhidmatan Bandar
Majlis Bandaraya Alor Star
Jalan Kolam Air, Alor Star
Talian : 04-7332499 Sambungan : 124