Soalan/Penjelasan
1. Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar meliputi harta - harta berikut :
a) Kediaman
Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah ,rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya;
b) Perniagaan
Kedai, kedai/pejabat, kompleks membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi dah sebagainya;
c) Perindustrian
Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sebuah;
d) Tanah Kosong
Tanah Pertanian, tanah pembangunan.
2. Adakah Tanah Kosong Juga Dikenakan Cukai Taksiran?
Ya, tanah kosong yang mempunyai geran hakmilik boleh dikenakan Cukai Taksiran selaras dengan peruntukan Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171).
3. Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain.
4. Mengapa Cukai Taksiran Dikuatkuasakan?
Cukai Taksiran dikuatkuasakan bagi membiayai :
a) Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, kebersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;
b) Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;
c) Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan;
d) Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, padang permainan kanak - kanak, tempat rekreasi dan sebagainya.
5. Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MBAS sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh MBAS adalah mengikut peruntukan di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.
6. Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan MBAS memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri
7. Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil
8. Bilakah Ianya Patut Dibayar?
Bil - bil ini hendaklah dijelaskan sebelum 28/29hb. Februari bagi cukai 1/2 tahun pertaman (Jan - Jun) dan sebelum 31hb. Ogos bagi cukai 1/2 tahun kedua (Julai - Disember).
Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan itu, Majlis boleh mengenakan bayaran denda lewat dan bayaran notis tuntutan dengan kadar seperti berikut :-
a) Setiap Tunggakan Cukai Pintu bagi RM100.00 pertama atau kurang.............RM2.00
b) Setiap pertambahan RM100.00 atau sebahagian daripadanya......................RM2.00
c) Bayaran Notis Tuntutan...........RM2.00 - Seksyen 147 Akta 171.